Saturday, November 13, 2010

AKTIVITI P&P YANG DIGUNAKAN DALAM KELAS

1- Teknik penceritaan terutama apabila mengajar bahasa, supaya kanak-kanak mudah ingat dan dapat menyampaikan idea mereka secara holistik dan mengembangkan kreativiti mereka.
2- Teknik lakonan supaya kanak-kanak berminat untuk belajar dan melibatkan diri secara aktif dalam kelas.
3- Teknik "games while learning" kerana kanak-kanak suka bermain dan peluang ini harus diambil oleh guru dengan menggunakannya sebagai kaedah pembelajaran yang efektif.
4- Teknik "ball-rolling" iaitu aktiviti berkumpulan, yang mana kanak-kanak akan saling berkomunikasi antara satu sama lain dan belajar berfikir secara kritis.
5- Teknik nyanyian iaitu sesuai untuk mengajar kanak-kanak berusia 5 tahun, kerana pada usia tersebut mereka suka melakukan aktiviti yang berkaitan dengan muzik kerana ia membolehkan kanak-kanak mudah mengingat dan dalam masa yang sama berasa seronok.

No comments:

Post a Comment